"..Universiti Di Rimba Hijau.."

Wednesday, November 12, 2014

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PESTA KONVO UUM


Wednesday, November 5, 2014

MAJLIS PERASMIAN PESTA KONVOKESYEN KE-27 UUM

MAJLIS PERASMIAN PESTA KONVOKESYEN KE-27 UUM


Monday, November 3, 2014

MAJLIS KONVOKESYEN KE-27 UUM

Universiti Utara Malaysia (UUM) bakal mencipta sejarah sempena Majlis Konvokesyen Ke-27 apabila memulakan istiadat konvokesyen dengan pemasyhuran Yang Teramat Mulia Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Panglima Besar Kedah (Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah), sebagai Canselor UUM yang baharu pada 8 November ini di Dewan Mu'adzam Shah, UUM.

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, pelantikan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang berkuat kuasa pada 1 Ogos lalu.

Sehubungan itu, satu majlis Bankuet Pra Konvokesyen Ke-27 UUM akan diadakan pada 7 November ini bagi meraikan pemasyhuran Yang Teramat Mulia Tunku Puteri yang juga Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah sebagai Canselor UUM bertempat di  EDC-UUM.

Menurut Naib Canselor lagi, majlis konvokesyen UUM kali ini akan berlangsung selama lima hari berturut-turut mulai 8 November yang mana turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada dua tokoh negara iaitu Dato’ Seri S Samy Vellu dan Dato’ M Nasir pada sidang pertama konvokesyen.

“Kedua-dua tokoh ini masing-masing akan menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Pembangunan) dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif) yang akan disampaikan Canselor UUM baharu.

“Selain itu, enam ahli politik negara turut menerima Ijazah Sarjana, antaranya Timbalan Menteri Pendidikan II, Yang Berhormat P Kamalananthan dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Abd Muttalib. Selain itu, dua tokoh dari Indonesia juga akan menerima Ijazah Doktor Falsafah masing-masing iaitu Rita Widyasari, Bupati Kutai Kartanegara dan Wahidin yang merupakan Hakim Pengadilan Tinggi, Maluku Utara.

“Pada majlis ini juga, dijangka seramai 6,608 graduan akan menerima ijazah masing-masing yang mana 482 daripadanya adalah graduan antarabangsa dari 26 buah negara. Semua penerima ijazah terbabit terdiri daripada 139 graduan Ijazah Doktor Falsafah, Doktor Pentadbiran Perniagaan dan Doktor Falsafah Pengurusan; 1,090 graduan Ijazah Sarjana; 5,378 graduan Ijazah Sarjana Muda dan seorang graduan Diploma Lepasan Ijazah (Diploma Pendidikan),” katanya pada sidang media di Hotel Holiday Villa, di sini, semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan graduan itu, seramai 452 graduan Sarjana Muda menerima Ijazah Kelas Pertama dan 516 graduan dipilih menerima anugerah-anugerah utama universiti. Dalam konvokesyen ini juga seramai 21 graduan sulung dilahirkan menerusi empat program UUM iaitu Doktor Pengurusan, Ijazah Sarjana Undang-undang (Penyelidikan), Ijazah Sarjana Kewangan dan Perbankan Islam dan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Media) (Penyelidikan).

Katanya lagi, sempena majlis konvokesyen kali ini, Pesta Konvokesyen UUM Ke-27 akan diadakan mulai 5 hingga 12 November dengan tema ‘Mahasiswa Berintegriti Teras Kecemerlangan Negara’ di Tapak Ekspo, padang kawad PALAPES dan sekitar UUM.

Ujarnya, tema itu dipilih berikutan isu integriti kini dilihat sangat penting dengan situasi negara sekarang, justeru UUM ingin semarakkan integriti di kalangan pelajar supaya mereka dapat menghayati nilai dan maksud tersebut.

“Pengisian Pesta Konvo akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti berbentuk akademik, keusahawanan, kebudayaan dan kesenian, sukan dan rekreasi, kerohanian serta pameran. Antaranya ialah UUM’s Youth Forum, Selfie is MAKNA, Global Cultural Night dan Malam Bintang Konvo.

“Selain itu, lebih 180 gerai jualan turut mengambil bahagian dalam Pesta Konvo ini termasuk pameran automobil dan juga penyertaan Jabatan Pengangkutan Jalan menerusi Hari Bersama Pelanggan,” katanya.

Majlis perasmian Pesta Konvokesyen itu akan disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir di Stadium UUM pada 5 November ini.


Thursday, October 30, 2014

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI UTARA MALAYSIA – PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) – SAMBILAN

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI UTARA MALAYSIA – PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) – SAMBILAN


YBhg. Tan Sri/Dato’ Wira/Datuk/Dato’/Datin/Y.Brs. Prof/Tuan/Puan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera





PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut di Universiti Utara Malaysia.


1.
a)
Jawatan
:
PEMBANTU TADBIR (PEPERIKSAAN) GRED N17

b)
Badan Berkanun
:
Universiti Utara Malaysia

c)
Kumpulan Perkhidmatan
:
Pelaksana Berkelayakan SPM

d)
Klasifikasi Perkhidmatan
:
Pentadbiran dan Sokongan (N)





Jadual Gaji
:
RM54.00 sehari


Syarat Lantikan :

i)          Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; DAN
ii)         Kepujian Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Taraf Jawatan        :           Sambilan

Fungsi Bidang Tugas:        Umum
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi).

Khas
Membantu Ketua Pengawas dan Pengawas dalam pengendlian peperiksaan dan bertanggungjawab secara terus kepada Ketua Pengawas dan Pengawas  dalam urusan pengendalian peperiksaan.

TEMPOH PERKHIDMATAN

Mulai 15 Disember 2014 hingga 21 Januari 2015.

Nota: Keutamaan diberikan kepada calon:

1.    Tinggal berdekatan dengan kampus UUM (Sintok); DAN
2.    Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia; DAN
3.    Kepujian dalam mata pelajaran Matematik pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.



CARA MEMOHON

      i.        Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem dalam talian  (online) yang boleh dicapai melalui pautan laman sesawang           http://www.perjawatan.uum.edu.my/
     ii.        Pemohon perlu mendaftar sebelum mengisi maklumat yang diperlukan dalam sistem ini.
    iii.        Tarikh tutup permohonan           :           17 November 2014 (Isnin)       

CATATAN TAMBAHAN

a)   Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemu duga.
b)   Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
c)   Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan/temu duga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Utara Malaysia.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Jabatan Pendaftar,

Universiti Utara Malaysia,

06010 UUM Sintok,

Kedah Darul Aman


Tel: 04-928 3114/3113

Faks:04-928 3120